Tentang Saya
"Smart Borneo Transport" merupakan satu perkhidmatan pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan sebagai kemudahan kepada pelancong asing dan tempatan menuju ke destinasi menarik yang terdapat di negeri Sabah. Selain itu, Smart Borneo Transport juga bermatlamat menjadi satu perkhidmatan yang dipercayai oleh setiap pelancong dalam negara atau luar negara agar ia memberi satu impak kepada perkembangan dalam pembangunan industri dalam agensi pelancongan di negeri Sabah mahupun di Malaysia supaya ia memberikan sambutan yang memberangsangkan dari sudut perkhidmatan pengangkutan yang dapat merasakan mereka selesa dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami berikan. Kenderaan kami berdaftar dengan kementrian pelancongan Malaysia atas nama Daeng Travel & Tour tetapi tidak terikat kerana pihak kami hanya menyewa permit sahaja.Oleh itu , kami boleh menerima tempahan dari mana-mana ejen travel yang ingin bekerjasama dengan kami. Pihak kami juga mampu menerima dan mengurus seberapa banyak pelancong yang datang dengan mengutamakan kebersihan kenderaan,keselesaaan penginapan dan keberishan dari makanan.
​
Antara destinasi utama yang dapat dijadikan pilihan utama kepada pelancong adalah Kundasang, Ranau, bandar Kota Kinabalu dan Pulau. Destinasi utama tersebut memiliki potensi yang luar biasa baik dari keindahan pulau,bandar Kota Kinabalu yang cantik,makanan laut yang murah, segi pertanian, perladangan dan cuaca yang sejuk dan pemandangan gunung Kinabalu yang mampu menarik minat lebih ramai pelancong. Selain itu ,pihak kami juga menawarkan atau menerima tempahan pakej kenderaan,penginapan, dan pakej pulau.Untuk tambahan,pihak kami menawarkan pakej ke dua pulau dalam sehari iaitu Pulau Sapi dan Pulau manukan.
Contact Me:







